Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail. Foto TVS

Projek Tebingan Sungai ubah landskap Limbang

LIMBANG, 29 April: Projek Tebingan Sungai Limbang sejauh 1.8 kilometer dan terpanjang di Sarawak bukan saja mengubah landskap pembangunan bandar itu, malah menyediakan prasarana perniagaan untuk peniaga.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Kerajaan Sarawak menerusi Majlis Daerah Limbang (MDL) membina 14 kios dan bangunan perniagaan untuk kedai makanan dan minuman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan kemudahan itu memberi peluang kepada 500 orang peniaga berdaftar di bawah MDL dan orang ramai menjalankan perniagaan mereka.

“Kemudahan dan ruang-ruang niaga, kios dan juga bangunan tetap sudah siap dibina dan akan diiklankan dan ia meliputi,14 gerai dan satu bangunan agak besar dinamakan Eatery Park.

“Kemudahan ini memberi peluang kepada 500 orang peniaga berdaftar di bawah MDL dan orang ramai menjalankan perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Padang Desa Pabahanan, Dataran Bandar Limbang, Tebingan Sungai Limbang dan Medan Selera Limbang hari ini.

Turut sama ialah Pengerusi MDL Kaunselor Sufian Mohat.

Jelasnya, Tebingan Sungai Limbang bukan saja strategik kerana menawarkan landskap menarik pemandangan sungai Limbang malah amat sesuai untuk mengembangkan sektor ekonomi penduduk.

Katanya, elemen kemudahan berniaga disediakan bagi menyokong ekosistem perniagaan dalam sektor makanan dan minuman di kawasan berkenaan yang merupakan mercu tanda baharu di daerah utara negeri ini.

Katanya, sebahagian Projek Tebingan Sungai Limbang sudah siap dan digunapakai dan sebahagian lagi sedang dalam pembinaan selepas mengalami tanah susur (fasa satu).

Projek bernilai RM120 juta dibangunkan secara tiga fasa di bawah peruntukan kerajaan negeri dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2026.

Beliau berkata, projek itu merupakan satu kemudahan sosial untuk rakyat berekreasi dan beriadah selain menjadi salah satu kawasan menarik untuk dikunjungi sekali gus memacu sektor pelancongan domestik dan ekonomi di utara Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan