Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

PM minta pelaksanaan projek pembangunan rumah mampu milik disegerakan

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 29 April: Sebarang kelulusan atau peraturan melibatkan pembangunan Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu di Kuala Lumpur perlu disegerakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri berkata, ini bagi membolehkan projek siap mengikut jadual sekali gus penduduk boleh mendiaminya tanpa perlu menunggu lama.

Menurut Anwar, beliau telah meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatam, Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif untuk terus melaporkan perkembangan projek berkenaan kepadanya.

“Saya mahu projek ini dijalankan dengan kadar segera, saya tidak setuju buat majlis pelancaran, semua bertepuk kemudian hilang begitu sahaja. Saya akan minta Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk berikan perkembangan minggu depan.

“Saya titikberatkan soal pelaksanaan, sekiranya boleh diluluskan dalam tempoh dua minggu, jangan tunggu dua bulan.

“Jangan biarkan ia tertangguh disebabkan perlu mengikut pelbagai proses yang melecehkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, di sini hari ini.

Projek Rumah Belia MADANI menyaksikan 1,048 unit akan dibangunkan, manakala Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik melibatkan tiga blok dengan keseluruhan 1,996 unit.

Berucap pada majlis itu, Anwar menegaskan rumah mampu milik tidak wajar dijadikan seperti sarang burung yang tidak dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan seperti taman permainan, masjid dan lain-lain fasiliti.

“Kerajaan terdahulu pernah umumkan sasaran untuk bina sehingga 500,000 unit rumah mampu milik, tetapi selepas 20 hingga 25 tahun tidak pernah tercapai kerana ia memerlukan kepimpinan yang mempunyai tekad politik yang jelas.

“Membangunkan rumah orang kaya, kadang-kadang komisennya lebih tinggi. Kita nak pilih yang mana, komisen atau kebajikan rakyat? Saya tegaskan, kerajaan ini mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan pembelaan sewajarnya,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan