Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad badminton negara mengekalkan momentum kemenangan apabila menewaskan Australia 4-1 dalam aksi peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan ke suku akhir. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM(FB)

Piala Sudirman 2025: Malaysia tewaskan Australia, sebelah kaki ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 April: Skuad badminton negara mengekalkan momentum kemenangan apabila menewaskan Australia 4-1 dalam aksi peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan ke suku akhir.

Pada perlawanan berlangsung di Gimnasium Xiamen Fenghuang, China hari ini, Malaysia mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Ricky Tang-Gronya 21-8, 21-12.

Perseorangan lelaki Justin Hoh yang teruja menguji keupayaannya dalam kejohanan berintensiti tinggi berjaya menggandakan mata selepas menundukkan Shrey Dhand 21-9, 21-15.

K Letshanaa meletakkan Malaysia di kedudukan selesa apabila menambah mata ketiga menewaskan perseorangan wanita Australia Bernice Teoh Kai Qi 21-6, 21-8 diikuti kemenangan mudah Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Jack Yu-Frederick Zhao 21-8, 21-9.

Satu mata berjaya diperoleh Australia menerusi beregu wanita Gronya Somerville-Angela Yu yang menewaskan beregu negara Go Pei Kee-Carmen Ting 21-15, 21-18.

Sementara itu, menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Malaysia (BAM), Tang Jie yang kembali bergandingan bersama Ee Wei berharap mereka dapat memenangi setiap perlawanan apabila diberi tanggungjawab mewakili negara di Piala Sudirman kali ini.

Bagi Ee Wei pula, beliau berkata: “Siapa sahaja diturunkan, kami akan berjuang sebagai satu pasukan.”

Malaysia dijadualkan berdepan Jepun pada 1 Mei, melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan C.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia di Piala Sudirman ialah mara ke separuh akhir tiga kali iaitu pada edisi 2009, 2021 dan 2023.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan