Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Henry Sum Agong pada Pesta PIBG Sekolah Kebangsaan Agama Lawas, hari ini. Foto TVS

Pendidikan asas lahirkan tenaga mahir

LAWAS, 29 April: Kerajaan Sarawak terus menekankan kepentingan pendidikan peringkat awal sebagai landasan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan modal insan berkualiti dalam kalangan generasi muda negeri ini.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata pendidikan rendah perlu diberi keutamaan bagi membentuk jati diri anak Sarawak yang berdaya saing dan bertanggungjawab.

“Bermula daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, termasuk empat sekolah menengah yang kita ada di kawasan ini, adalah asas penting untuk membina masa depan diri dan masyarakat kita.

“Melalui pendidikan yang sempurna, segala usaha pembangunan negeri dapat diteruskan dengan lebih cemerlang, sekali gus memastikan kelangsungan Sarawak dalam melahirkan modal insan berdaya maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas, hari ini.

Henry Sum berkata, pendidikan sempurna menjadi kunci kejayaan anak muda, terutama dalam mengubah masa depan diri, keluarga serta negeri Sarawak secara keseluruhannya.

Sebagai tanda sokongan kepada program berkenaan, beliau turut mengumumkan sumbangan geran kerajaan berjumlah RM20,000 sumbangan Awang Tengah untuk Tabung PIBG SK Agama (MIS) Lawas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan