Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mengalami kecederaan selepas bergelut dengan seorang lelaki yang cuba menculiknya ketika berjoging di Seksyen 13, di sini petang semalam.

Pelajar tingkatan 3 hampir diculik ketika berjoging, cedera lawan penculik

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 29 April: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mengalami kecederaan selepas bergelut dengan seorang lelaki yang cuba menculiknya ketika berjoging di Seksyen 13, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 11 malam tadi.

Kata beliau, dalam kejadian kira – kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang sedang berjoging seorang diri dihampiri sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu dinaiki dua lelaki.

Katanya, salah seorang suspek keluar daripada kenderaan itu dan terus menahan mangsa.

“Suspek mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta namun pelajar itu enggan dan bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa luka pada pipi kanan serta lengan kanan dan kiri dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan