Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain pasukan Perak FC meraikan jaringan gol ketiga ketika menentang Kelantan Darul Naim FC pada saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Foto fail Bernama

PAFA hormati keputusan Perak FC tarik diri daripada saingan Liga Super

ByBernama

IPOH, 29 April: Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) menghormati keputusan Perak FC membubarkan pasukan dan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan.

Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata pihaknya menghormati keputusan dibuat XOX Berhad yang memiliki 100 peratus pemilikan saham Perak FC.

“PAFA amat menghargai dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada XOX Berhad atas sumbangan diberikan kepada pasukan bola sepak negeri melalui Perak FC.

“PAFA turut bersimpati dengan nasib pemain Perak FC terutamanya pemain muda dan akan membantu mengikut keupayaan sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan bola sepak serta kerjaya pemain muda Perak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Azhar berkata walaupun pasukan Perak FC dibubarkan, PAFA akan memastikan pembangunan sukan itu di negeri berkenaan tidak terjejas menerusi pembangunan dari peringkat akar umbi bagi melahirkan pemain berkualiti dan berintegriti.

Beliau berkata perancangan semasa PAFA adalah untuk membentuk pasukan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2025/2026, di samping mempertimbangkan untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada pasukan SUKMA tersebut dengan menyertai Liga A1 atau A2.

“Selain itu, PAFA juga akan merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada kerajaan negeri, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Bolasepak Amatur (AFL) bagi langkah seterusnya,” katanya.

Pada Sabtu lepas, media melaporkan Pengerusi Perak FC Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan bahawa skuad The Bos Gaurus terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan kerana berdepan kemelut kewangan.

Azim dilaporkan berkata pihaknya sudah melakukan yang termampu untuk membangunkan pasukan itu termasuk membelanjakan hampir RM40 juta sejak tiga tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan