Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari Perodua Aruz yang remuk teruk dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, petang Selasa. Foto JBPM Sabah

Lelaki maut dalam nahas empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau

TAWAU, 29 April: Seorang lelaki berusia 31 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, tengah hari tadi.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.54 tengah hari itu membabitkan sebuah lori lima tan, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux SR dan sebuah Perodua Aruz yang dipandu mangsa.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian sejauh 52 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan. Mereka tiba pada jam 1.43 petang bersama lapan anggota dan dua jentera – FRT dan EMRS.

Menurut Komander Operasi, PBK I Mohd Yahya Abd Fattah, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak polis, manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.42 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan