Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilang, rumah pekerja dan kenderaan di Menggatal yang musnah dalam kebakaran, hari ini. Foto JBPM Sabah

Kilang, rumah pekerja di Menggatal musnah terbakar

ByTVS

KOTA KINABALU, 29 April: Sebuah kilang milik Syarikat Sinar Bayu dan rumah pekerja di Jalan Kokol, Menggatal musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan kebakaran turut memusnahkan beberapa kenderaan termasuk lori tangki air, jentera angkat susun, sebuah kereta serta pacuan empat roda.

Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan. Lokasi kejadian terletak kira-kira lapan kilometer dari balai terdekat.

Pegawai Kanan Operasi PKPgB Mohd Ishak Amran berkata, pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan, bersumberkan air daripada jentera Water Tanker bomba bagi memadamkan api.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.08 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi memadamkan kebakaran turut dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan