Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JIM Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman turut membuka reruai pameran bagi memberikan perkhidmatan dan maklumat kepada orang ramai. Foto Imigresen Sarawak

JIM Sarawak sertai Program Khidmat Komuniti Bergerak

SRI AMAN, 29 April: Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah menganjurkan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak bagi tahun 2025 di Sri Aman pada 26 dan 27 April 2025.

Program yang bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat ini telah diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu dan Dataran Rusa Engkelili. Sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakkan.

Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, pelbagai agensi kerajaan telah mengambil bahagian dalam program ini, termasuklah JIM Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman turut membuka reruai pameran bagi memberikan perkhidmatan dan maklumat kepada orang ramai.

Kehadiran pelbagai agensi ini memudahkan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai urusan berkaitan kerajaan di satu tempat, sekali gus menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Selain itu, program ini juga memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk berinteraksi secara langsung dengan pegawai-pegawai bertugas.

Mereka berpeluang untuk menyalurkan aduan, membuat pertanyaan, menyemak status senarai hitam Imigresen, dan mendapatkan pelbagai informasi lain berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi yang terlibat khususnya JIM Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan