Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 431 Jalan Betong/Sarikei/Meradong, berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Paoh, Sarikei, hari ini. Foto hiasan Envato

Warga emas maut dalam kemalangan di Sarikei

BySaibi Gi

SARIKEI, 28 April: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 431 Jalan Betong/Sarikei/Meradong, berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Paoh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dan motosikal Yamaha Lagenda.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita dari arah Sesang menuju ke Sibu melalui jalan lurus.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang Mugit Andin, 61, secara tiba-tiba keluar dari pembahagi jalan di laluan kanan menghala ke Jakar, menyebabkan perlanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perlanggaran tersebut mengakibatkan motosikal berkenaan dilanggar pada bahagian kiri, manakala kereta mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Sarikei pada jam 8.26 pagi,” jelasnya.

Aswandy berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang keluar dari pembahagi jalan di kawasan laluan sibuk.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan