Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas dimasukkan ke Hospital Miri semalam akibat kemalangan kendiri di sini pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Warga emas kemalangan meninggal dunia di hospital

MIRI, 28 Apr: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas dimasukkan ke Hospital Miri semalam akibat kemalangan kendiri di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kemalangan itu, motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Perumahan Desa Bahagia, Vista Perdana, Permyjaya.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 74 tahun menjalankan tugas rondaan keselamatan di kawasan perumahan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka sebelah kiri dan dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan pada jam 12.15 tengah hari Ahad,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizul Ab Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan