Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Penyelidikan Swinburne Sarawak 2030 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

Swinburne Sarawak perkasa penyelidikan menerusi SSRM 2030

KUCHING, 28 Apr: Universiti Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) terus memperkasa penyelidikan dengan memperkenalkan Pelan Induk Penyelidikan Swinburne Sarawak (SSRM) 2030.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, langkah tersebut selari dengan agenda Kerajaan Sarawak seperti digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Menurutnya, konsep penyelidikan yang dijalan Swinburne Sarawak merupakan pendekatan untuk membawa perubahan sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.

“Pendekatan Swinburne Sarawak amat jelas dan memberi kesan kerana penyelidikan yang dijalankan bukan sekadar penulisan tetapi membawa perubahan dalam kehidupan, memperkasa daya tahan ekonomi dan menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah sebenar dunia.

“Ia mengingatkan kita kepada kepentingan penyelidikan yang membantu dalam pembentukan polisi, pembinaan teknologi dan memperkasa komuniti,” katanya.

Dr. Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata demikian ketika berucap melancarkan SSRM 2030 di Kuching hari ini.

Menurutnya, SSRM 2030 akan memfokuskan kepada penyelidikan berasaskan inovasi kecerdasan buatan (AI), tenaga hidrogen dan biomas, kesihatan digital dan ekonomi kitaran.

“Selain itu, ia (SSRM 2030) mewujudkan komuniti penyelidik, penggubal polisi dan pemain industri yang diharap dapat membawa impak positif kepada perkembangan penyelidikan di peringkat temapatan atau global,” ujarnya.

Hadir sama Pro Naib Canselor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Profesor Lau Hieng Ho dan Timbalan Pro Naib Canselor (Penyelidikan) Swinburne Sarawak, Profesor Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan