Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arissa Mohd Farid (tiga kiri) bersama guru SK Datuk Mohamad Musa Kota Samarahan di International Creativity and Innovation Award (ICIA) 2025 di Vietnam. Foto SKDMM

SK Datuk Mohamad Musa raih kejayaan dalam anugerah inovasi dan kreativiti antarabangsa

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 28 April: Sekolah Kebangsaan Datuk Mohamad Musa (SKDMM) Kota Samarahan mencipta sejarah apabila berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak di Anugerah Kreativiti dan Inovasi Antarabangsa (ICIA) 2025 di Vietnam, baru-baru ini.

Dalam kategori Anugerah Inovasi, Arissa Mohd Farid, di bawah bimbingan Cikgu Mohd Arifin Madon, memukau juri dengan ciptaannya, Penyusun Buku Automatik, sekali gus meraih pingat emas.

Projek itu membantu pelajar menyusun buku mengikut jadual harian, mengurangkan bebanan beg sekolah dan meningkatkan disiplin pembelajaran.

Sementara itu, pasangan adik-beradik, Haris Haidar dan Haziq Haidar Hishamuddin dengan bimbingan Cikgu Hazilah Rashid turut mengharumkan nama sekolah apabila merangkul pingat perak melalui projek aplikasi Budaya 2.0: Borneo Unique Discovery for Young Adventurers 2.0.

Inovasi dua beradik itu membawa budaya dan warisan Borneo ke dunia digital dan kepada generasi muda secara interaktif dan mudah diakses.

Dalam pada itu, Guru Besar SKDMM, Issnu Dollah berkata pihaknya komited membina generasi yang kreatif, berfikiran global dan bersedia menawarkan solusi lestari kepada masyarakat.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa inovasi bukan hanya milik bandar besar.

“SKDMM membuktikan bahawa dengan semangat, komitmen, dan kolaborasi erat, pelajar luar bandar mampu mengubah dunia,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

ICIA 2025, berlangsung dari 25 hingga 27 April menghimpunkan lebih 395 finalis dari 26 negara dalam mempertandingkan lebih 180 projek inovatif, menjadikan ia antara platform yang paling kompetitif.

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKDMM, Hishamuddin Siri dan Hafizan Mohamad Naim, turut menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti pentingnya sokongan moral dan kolaborasi erat antara sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti.

“Kejayaan pelajar dalam arena antarabangsa ini membuktikan bahawa sokongan moral, dorongan guru dan ibu bapa adalah tunjang utama dalam membina sahsiah dan keyakinan pelajar,” ujar mereka dalam kenyataan media bersama.

SKDMM turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang, Datuk Idris Buang serta Yayasan Sarawak atas sokongan moral, kewangan dan logistik dalam merealisasikan penyertaan mereka di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan