Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raden (duduk enam kiri) dan keluarga merakamkan gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan beliau di Sibu. Foto: TVS

Raden harap hubungan Sarawak-Indonesia terus kukuh

SIBU, 28 April: Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono, menyeru agar hubungan kerjasama antara Sarawak dan Indonesia terus diperkukuh walaupun beliau bakal menamatkan perkhidmatannya.

Sepanjang tiga tahun bertugas di Sarawak, beliau menyaksikan perkembangan positif dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, sosial budaya, pendidikan, kesihatan, pelancongan, tenaga, pengangkutan, kesalinghubungan, dan infrastruktur.

“Oleh itu, saya berharap usaha yang telah dijalankan sepanjang tiga tahun ini tidak terhenti di sini, sebaliknya diteruskan.

“Ini hanyalah permulaan. Masih banyak yang boleh dilakukan. Saya akan menasihati pengganti saya untuk meneruskan inisiatif ini demi manfaat Sarawak, Indonesia, dan seluruh Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan sempena tamat tempoh perkhidmatannya, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada malam Ahad.

Sementara itu, menyentuh mengenai bandar ini, Raden berkata bahawa ia merupakan model terbaik dalam memupuk hubungan persahabatan dan kerjasama antarabangsa.

Jelas beliau hubungan erat yang terjalin antara Sibu dan pelbagai pihak di Indonesia, termasuk ikatan bandar persahabatan, memperlihatkan bagaimana kerjasama serantau boleh dilaksanakan dengan berkesan.

“Bandar ini sudah menjadi seperti rumah kedua saya, terutamanya menerusi kerjasama dalam Festival Budaya Borneo (BCF) apabila saya membawa kumpulan penari dari Indonesia untuk memperkenalkan budaya kami di sini.

“Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya dan pihak konsulat. Saya berharap semua pihak terus bersemangat untuk memperkukuhkan hubungan ini. Sibu akan sentiasa dekat di hati saya dan Ibu. Jika berkesempatan, kami pasti akan kembali ke sini,” ujarnya.

Raden akan secara rasmi menamatkan tugas pada 30 April sebelum pulang ke Indonesia pada 1 Mei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan