Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Proton Melinau Auto Sdn Bhd di Satok. Foto Proton Melinau Auto

Proton Melinau Auto buka cawangan baharu di Satok

ByWilly Jali

KUCHING, 28 Apr: Sebagai usaha mengembangkan operasi, Proton Melinau Auto Sdn Bhd secara rasmi membuka cawangan terbaharu di Satok.

Pengurusnya, Ahmadi Abdul Latiff berkata, pembukaan cawangan baharu tersebut bertujuan memberikan akses lebih mudah kepada perkhidmatan jualanselain memperkukuhkan jaringan perkhidmatan pelanggan.

“Pembukaan cawangan Satok ini membuktikan kesungguhan berterusan kami dalam memberikan perkhidmatan bertaraf tinggi kepada rakyat Sarawak selain menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena pembukaan cawangan baharu tersebut, Proton Melinau Auto Sdn Bhd turut mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bagi merapatkan hubungan dengan pelangan.

Majlis tersebut dihadiri oleh rakan kongsi perniagaan dan pelanggan setia selain pelbagai promosi ekslusif serta tawaran istimewa Aidilfitri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan