Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim Chee Keong berucap dalam talian sempena Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 di Putrajaya pada Isnin. Foto Parlimen Malaysia

Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja bukan hukuman tapi jaminan kebajikan

KUCHING, 28 April: Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang dikuatkuasakan bukan bertujuan menghukum, sebaliknya berfungsi sebagai mekanisme untuk memperkasa perlindungan keselamatan sosial pekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, menerusi pemerkasaan dan penguatkuasaan kedua-dua undang-undang itu, pekerja akan menikmati manfaat yang lebih baik, selain dapat menjalankan tugas harian dalam suasana yang lebih tenang dan selamat.

“Aspirasi KESUMA amat mudah di mana kami mahu memastikan setiap pekerja di Malaysia ini berasa selamat setiap kali melangkah keluar rumah untuk bekerja dan seterusnya bekerja dalam persekitaran kerja yang selamat serta kondusif.

“KESUMA juga mahu memastikan kebajikan setiap pekerja yang mencarum adalah terjamin dan mereka patut menerima pampasan yang sewajarnya dan inilah intipati sebenar aspirasi KESUMA,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan dalam talian sempena Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Steven turut menegaskan bahawa pekerja dan majikan perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebajikan bersama.

“Pekerja dinasihatkan untuk mencarum, manakala pihak majikan pula diwajibkan mencarum tanpa gagal melalui penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan