Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia membuka tirai kempen Piala Sudirman 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Perancis 5-0, dalam aksi sulung Kumpulan C yang berlangsung di Gimnasium Xiamen Fenghuang, China, hari ini. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

Piala Sudirman: Malaysia tundukkan Perancis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 April: Malaysia membuka tirai kempen Piala Sudirman 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Perancis 5-0, dalam aksi sulung Kumpulan C yang berlangsung di Gimnasium Xiamen Fenghuang, China, hari ini.

Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tidak memberi ruang kepada lawan apabila mempamerkan dominasi mutlak ke atas Mael Cattoen-Lucas Renoir dan mengalahkan pasangan ke-58 dunia itu 21-11, 21-9, dalam masa 29 minit.

“Saya rasa kami masih cuba untuk sesuaikan diri dengna gelanggang dan angin. Masih terdapat banyak perkara untuk diperbaiki dan menjadi lebih baik. Ini perlawanan pertama, jadi penting buat pasukan dan kami juga.

“Kami sertai latihan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kira-kira 10 hari. Saya rasa suasana dan kesemuanya baik. Persediaan juga bagus. Terima kasih kepada jurulatih Herry Iman Pierngadi dan BAM,” kata Sze Fei menerusi rakaman audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei pula tidak berdepan masalah menghadiahkan mata kedua negara, selepas mengalahkan Leonice Huet, 21-10, 21-19 dalam aksi 33 minit.

Jin Wei yang tampil buat kali ketiga di pentas Piala Sudirman, menyifatkan peluang beraksi dan menyumbang mata buat negara sebagai satu penghormatan besar, sambil berterima kasih kepada BAM atas kepercayaan yang terus diberikan terhadap kemampuannya.

Bagaimanapun dalam acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao berhadapan tentangan sengit dengan beberapa kali terikat mata, sebelum meraih kemenangan ke atas Arnaud Merkle.

Pemain ranking ke-26 dunia itu, menang dengan 22-20, 21-19 dalam masa 55 minit.

Malaysia turut unggul dengan menyumbang dua lagi mata menerusi beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah yang menewaskan gandingan Margot Lambert-Camille Pognante, 21-13, 21-10, selain beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengalahkan Gregoire Deschamp-Elsa Jacob 21-7, 21-19 dalam aksi terakhir.

Skuad negara akan meneruskan cabaran bertemu Australia esok, sebelum membuat perhitungan menentang pilihan ketiga kejohanan Jepun pada 1 Mei, dalam usaha merebut satu daripada dua slot teratas kumpulan untuk ke suku akhir.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Piala Sudirman ialah mara ke peringkat separuh akhir tiga kali, iaitu pada edisi 2009, 2021 dan 2023.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan