Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Majang Renggi merasmikan Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan CCC di Pelabuhan Bintulu, hari ini. Foto TVS

Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang pacu ekonomi dan tenaga Sarawak

BINTULU: 28 April: Pembangunan Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang dalam Bahagian Samarahan bakal mengubah landskap ekonomi dan sektor tenaga Sarawak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, pelabuhan itu akan menjadi pemangkin utama dalam menyokong sektor pembuatan dan eksport tenaga yang terutamanya gas asli.

“Pelabuhan ini dirancang sebagai pelabuhan pintar dengan terminal gas canggih.

“Ia akan menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) yang bertujuan untuk menyalurkan gas asli ke pelbagai kawasan di negeri ini bagi menyokong hasrat pembuatan dan pembangunan ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan CCC di Pelabuhan Bintulu, hari ini.

Menurutnya, kajian kebolehlaksanaan bagi pembinaan pelabuhan itu kini sedang dalam proses bagi memastikan pemilihan lokasi dan reka bentuk yang terbaik.

Ia dijangka siap menjelang 2030, dengan impak positif yang besar terhadap sektor tenaga, pembuatan dan ekonomi Sarawak secara keseluruhan.

Dengan Tanjung Embang, Sarawak terus melangkah maju untuk menjadi hub utama dalam pengeluaran dan eksport tenaga, menonjolkan komitmen negeri dalam membina masa depan yang lebih mampan dan inovatif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan