Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gobind Singh Deo bercakap dalam sidang media semasa menghadiri Sesi Taklimat ‘Penang City: Beyond Smart Cities’ di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di George Town hari ini. Foto, TVS.

Negeri diseru wujudkan undang-undang perkongsian data

GEORGE TOWN, 28 April: Kementerian Digital menggalakkan setiap negeri mewujudkan undang-undang berkaitan perkongsian data selepas Kerajaan Persekutuan melaksanakan Akta Perkongisan Data 2024 bermula hari ini.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, usaha itu sebagai batu loncatan untuk Malaysia menjadi sebuah negara digital sepenuhnya apabila perkongsian data dapat dilaksanakan dengan lebih meluas di semua peringkat.

Katanya, dengan mewujudkan akta di peringkat negeri, data-data dapat dikongsi secara bersama demi kesejahteraan rakyat.

“Kalau kita boleh mewujudkan satu ekosistem di mana di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan untuk kita kongsi data dan seterusnya kita dapat melihat mekanisme untuk data dikongsikan di seluruh negara.

“Kewujudan akta di peringkat negeri adalah bagi memastikan perkongsian data melalui sistem perundangan yang sah termasuk memastikan keselamatan data pengguna,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Taklimat ‘Penang City: Beyond Smart Cities’ di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.

Tambah beliau, kementerian berkenaan turut menggalakkan setiap negeri melaksanakan inisiatif sendiri dalam usaha mewujudkan bandar pintar yang telah mula dilaksanakan di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Antara inisiatif mewujudkan sebuah bandar digital adalah dengan mewujudkan perkakasan seperti kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengumpul data selain daripada sumber-sumber lain.

“Data-data yang dikumpul itu kemudian dianalisis bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi termasuklah trafik dan keselamatan selain meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyelesaian lebih pintar,” katanya lagi.

Ujarnya, kemudahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) merupakan instrumen penting dalam usaha mempercepatkan usaha pemodenan infrastruktur dan perkhidmatan di setiap bandar pintar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan