Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Maldives, Mohamed Muizzu sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia, di sini hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia sokong pendirian Maldives larang kemasukan warga Israel

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 28 April: Malaysia mengiktiraf pendirian berani Kerajaan Maldives melarang kemasukan warga Israel ke negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia turut berkongsi sentiment dan aspirasi yang sama sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Pihak kerajaan dan rakyat Malaysia memberikan penghormatan tertinggi dan mengiktiraf keberanian dan pendirian berprinsip Presiden Maldives, Mohamed Muizzu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Maldives, Mohamed Muizzu sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia juga telah melaksanakan pendirian serupa sejak dulu lagi susulan keenganan Israel untuk menghormati hak asasi manusia dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

Kerajaan Maldives pada 16 April lalu mengumumkan larangan kemasukan warga Israel ke negara itu dan telah meminda Akta Imigresen Maldives selepas diluluskan oleh Majlis Rakyat.

Sementara itu, Mohamed Muizzu berkata Maldives juga kagum dengan pendirian tegas Anwar dalam menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

Tambah beliau, Kerajaan Maldives juga menegaskan semula sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat negara itu dalam usaha mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel.

“Rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan