KUCHING, 28 Apr: Kem Kuching City FC – Miri terus melakar keputusan positif selepas berjaya meraih satu mata berharga menentang PDRM FC.
City Boys Junior melakar keputusan seri 1-1 dalam saingan Piala Presiden 2025 di Padang Pulapol Kuala Lumpur pada Ahad.
Memetik laporan Suara Sarawak, Ariff Iskandar Siri muncul sebagai penyelamat Kuching City FC – Miri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.
Sebelum itu, tuan rumah mendahului menerusi jaringan Muhammad Fatah Azib Mohd. Naim pada minit ke-31.
Keadaan padang yang digenangi air akibat hujan pada pertengahan perlawanan sedikit merencatkan permainan kedua-dua pasukan.
Namun keputusan seri tersebut boleh dianggap membanggakan untuk barisan skuad kendalian Mohamad Hakimi Man.
Aksi ketiga skuad muda tersebut menentang Penang FC II di Padang KRP Lutong, Miri pada 7 Mei depan.-TVS