Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Henry Sum Agong (enam kanan) pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Awat-awat di Tebingan Sungai Awat-Awat, Lawas, hari ini. Foto TVS

Kesepakatan penduduk, kerajaan pacu pembangunan Kampung Awat-Awat

LAWAS, 28 April: Penduduk Kampung Awat-Awat kini menikmati limpahan pembangunan hasil kesepakatan bersama dengan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sekali gus mengubah landskap perkampungan nelayan itu.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata, dasar kepimpinan GPS telah membawa perubahan besar, menjadikan sebuah kampung kecil nelayan berkembang menjadi enam perkampungan besar di kawasan Awat-Awat.

“Pada awal 1980-an, hanya terdapat empat kampung kecil di Awat-Awat. Namun selepas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjadi wakil rakyat, kehidupan penduduk serta pembangunan kawasan ini telah berubah pesat.

“Kini Awat-Awat sebuah penempatan moden dan maju,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Awat-Awat di Waterfront Awat-Awat, di sini, hari ini.

Henry menegaskan, kesepakatan antara penduduk dan kerajaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan lebih banyak limpahan pembangunan dapat dinikmati di Awat-Awat.

“Awat-Awat mempunyai potensi besar untuk terus maju kerana lokasinya berdekatan projek mega di Lawas seperti Lapangan Terbang Baru Lawas, Pelabuhan Laut Dalam Lawas dan Lebuhraya Pesisir Borneo.

“Manfaatkan segala peluang yang ada untuk memajukan diri, keluarga dan kampung. Saya yakin penduduk Awat-Awat amat produktif dalam kegiatan industri kecil dan sederhana,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan