BINTULU, 28 April: Sebuah kereta mewah jenis jenis BMW X5 terbakar di Jalan Pan Borneo Bintulu- Miri malam tadi.
Komander Operasi, Paul Senum berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.51 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran kereta yang melibatkan sebuah kereta jenis BMW X5 berwarna putih di tepi jalan.
“Bagaimanapun, pemandu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan ini.
Menurutnya, pihak bomba membuat size-up di lokasi dan mengarahkan anggota membentang satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera untuk memadam kebakaran.
“Setelah memastikan keadaan benar- benar selamat dan mengambil maklumat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS