Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto TVS

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 April: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.93 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik: tender bernilai RM2.8 bilion untuk tujuh hari, RM1.0 bilion untuk 30 hari dan RM1.5 bilion untuk 91 hari serta tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) bernilai RM980 juta untuk tujuh hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.4 bilion dan RM23.3 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan