Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Indonesia menahan 68 migran, terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh yang dipercayai sedang bersiap untuk menyeberang ke Malaysia melalui laluan laut di Dumai, Wilayah Riau. Foto hiasan AFP

Indonesia tahan 68 migran Rohingya dan Bangladesh di Dumai, rancang guna laluan laut ke Malaysia

ByBernama

JAKARTA, 28 April: Pihak berkuasa Indonesia menahan 68 migran, terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh yang dipercayai sedang bersiap untuk menyeberang ke Malaysia melalui laluan laut di Dumai, Wilayah Riau.

Penduduk tempatan melihat kumpulan migran itu kira-kira 10.40 malam Sabtu di kawasan Jalan Parit 2, Tanjung Penyembal, sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan imigresen.

“Kumpulan berkenaan terdiri daripada 26 warga Bangladesh dan 42 etnik Rohingya termasuk 10 wanita serta dua kanak-kanak,” kata Ketua Unit Penguatkuasaan Imigresen Dumai, Totok Purnawan kepada Metro TV.

Pihak polis dan imigresen telah memulakan siasatan bersama berhubung kejadian itu dan tindakan selanjutnya akan diambil sebaik siasatan selesai.

“Siasatan awal mendapati kumpulan migran itu merancang untuk masuk ke Malaysia menggunakan laluan laut secara haram,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan