Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli. Foto Hakim Danish (Facebook)

Hakim Danish berpeluang terima geran KWASN – Hannah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 April: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berpeluang menikmati kemudahan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) sebagai sokongan kepada perjalanan kariernya jika meraih keputusan positif pada dua kejuaraan disertai musim ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Kejuaraan Dunia Junior GP dan MotoGP Rookies Cup menjadi medan penilaian pelumba berusia 17 tahun itu yang berada di bawah kendalian pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Hakim Danish di bawah program pembangunan bakat SIC, saya kena bincang dahulu dengan mereka. Sekarang ini sudah ada geran KWASN yang dibuka untuk atlet individu selagi mereka sertai kejohanan yang ada sistem ranking dunia, mereka boleh memohon dan kita akan beri sedikit geran.

“Kalau Hakim Danish raih podium, ia tidak berikan masalah (untuk dapat KWASN) dan jika sebaliknya, dia juga masih boleh mohon,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) di sini hari ini.

KWASN adalah geran yang diwujudkan bagi membantu badan sukan menganjurkan program atau aktiviti selain membantu penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki ranking mereka.

Baru-baru ini, pelumba kelahiran Terengganu itu mencipta sensasi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup selepas meraih podium berganda pada perlumbaan satu dan dua di Litar Jerez.

Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta perlumbaan itu dengan mengumpul 40 mata, di hadapan pelumba Australia Carter Thompson (38 mata) dan pelumba Sepanyol Brian Uriarte (25 mata).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan