Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima orang yang disyaki pemberontak maut dalam pertempuran dengan tentera di wilayah tengah Filipina pada Ahad, lapor Xinhua, memetik kenyataan jurucakap tentera. Foto hiasan Envato

Askar tembak 5 individu disyaki pemberontak di wilayah tengah Filipina

ByBernama

MANILA, 28 April: Lima orang yang disyaki pemberontak maut dalam pertempuran dengan tentera di wilayah tengah Filipina pada Ahad, lapor Xinhua, memetik kenyataan jurucakap tentera.

Kolonel Tentera Erwin Rommel Lamzon berkata pertempuran berlaku pada pagi Ahad di wilayah Negros Occidental.

Lamzon berkata pertempuran itu mengakibatkan kematian tiga wanita dan dua lelaki yang merupakan pemberontak Tentera Rakyat Baru (NPA).

Beliau turut mengesahkan, tiada anggota tentera yang terkorban atau cedera dalam pertempuran itu.

Pemberontak NPA berperang melawan tentera kerajaan sejak 1969.

Data tentera menunjukkan, bilangan anggota NPA menurun sejak kemuncaknya pada 1980-an yang ketika itu dianggarkan mempunyai 25,000 anggota bersenjata.

Walaupun bilangan pejuangnya semakin berkurangan, NPA masih melancarkan serangan berskala kecil di kawasan luar bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan