Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
68 maut dalam serangan udara AS ke atas pusat tahanan di utara Yaman. Foto AFP

68 maut dalam serangan udara AS ke atas pusat tahanan di utara Yaman-Houthi

ByBernama

SANAA, 28 April: Angka korban akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah pusat tahanan di utara Yaman pada Isnin meningkat kepada 68 orang, manakala 47 lagi cedera, lapor Xinhua memetik saluran TV Al-Masirah yang dikendalikan Houthi.

Kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar kawasan di utara Yaman berkata semua mangsa adalah pendatang tanpa izin dari Afrika yang ditahan di pusat tahanan di Saada, ibu kota wilayah Saada, utara negara itu.

Menurut saluran televisyen itu, kesemua 68 mayat berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan udara AS itu. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

“Satu daripada peluru berpandu Amerika yang mengenai pusat tahanan itu tidak meletup. Pihak berkuasa berkaitan sedang mengendalikan objek itu dengan penuh berhati-hati,” menurut saluran televisyen Houthi.

“Pendatang dalam pusat ini berada di bawah seliaan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan tindakan menyerang pusat ini adalah satu jenayah perang sepenuhnya,” menurut Kumpulan Houthi dalam satu kenyataan di saluran itu.

Menurut IOM, Yaman kekal sebagai negara transit bagi ribuan migran yang bergerak antara Tanduk Afrika dan Arab Saudi meskipun negara itu dilanda perang saudara selama bertahun-tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan