Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Wan Junaidi dan isteri meluangkan masa melawat Gerai Komuniti Pesta Kaul Mukah 2025 diiringi kenamaan lain. Foto TVS

Tun Wan Junaidi, isteri meriahkan Majlis Keman Kaul Mukah 2025

MUKAH, 27 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menghadiri Majlis Keman Kaul Mukah 2025 yang berlangsung dengan meriah.

Majlis yang diadakan bersempena hari terakhir Pesta Kaul Mukah 2025 itu menyaksikan Tun Wan Junaidi dan isteri disambut serta disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada komuniti tempatan yang berbilang kaum dan agama.

Tun Wan Junaidi dan isteri turut meluangkan masa melawat Gerai Komuniti Pesta Kaul Mukah yang melibatkan penyertaan 17 buah gerai daripada kampung-kampung sekitar daerah Mukah, Oya, Dalat, Matu, Daro dan Balingian.

Ahli Parlimen Mukah yang juga Penaung Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mengiringi Tun Wan Junaidi dan isteri sepanjang kunjungan ke majlis tersebut.

Ia memberikan peluang kepada pemimpin untuk lebih dekat dengan masyarakat sambil menyaksikan sendiri keunikan produk tempatan dipamerkan.

Dalam pada itu, Pesta Kaul merupakan perayaan tradisional masyarakat Melanau yang diraikan setiap tahun sebagai tanda kesyukuran serta permohonan kesejahteraan dan keselamatan.

Pesta Kaul 2025 yang berlangsung daripada 19 sehingga 27 April turut menampilkan aktiviti tradisional, pertandingan sukan rakyat, jualan produk kraftangan dan makanan tempatan.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan isteri memeriahkan lagi suasana sambutan sekali gus menunjukkan sokongan padu terhadap usaha melestarikan warisan budaya Sarawak.

Turut hadir Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan