Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas meninjau suasana Konsert Nidji - Pelangi di Kuching 2025 di Kuching, pada Sabtu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak mampu jadi destinasi pelancongan alam semula jadi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Apr: Sarawak berpotensi menjadi destinasi utama pelancongan alam semula jadi terutama dengan usaha menaik taraf kawasan seperti Sabal Forest, Gunung Gading dan Tanjung Datu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan memiliki infrastruktur sesuai dan dinaiktaraf, kawasan tersebut mampu menjadi tumpuan pelancong terutama yang meminati alam semula jadi dan khazanah alam.

“Kita dapat melihat pelancong yang datang ke Sarawak jarang melepaskan peluang untuk melawat Tempat Perlindungan dan tempat-tempat lain yang seumpamanya.

“Oleh itu, jika tempat seperti Sabal, Bukit Gading di Lundu dan Tanjung Datu dinaik taraf, saya percaya ia akan menarik minat lebih ramai pengunjung untuk datang ke Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Konsert Nidji – Pelangi di Kuching 2025 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai ucapan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai rancangan Kerajaan Sarawak menaik taraf Hutan Simpan Sabal sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi.

Menurut Abdul Karim, usaha tersebut bukan sahaja bertujuan memperkasa sektor pelancongan tetapi memelihara khazanah alam Sarawak yang menjadi aset berharga wilayah ini.

Pada Jumaat, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Apresiasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) menyatakan projek menaik taraf Hutan Simpan Sabal akan merangkumi pembangunan kemudahan penginapan moden di kawasan tersebut yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong terutamanya mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan