Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letupan maut di Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas, Iran. Foto AFP

Rusia tawar bantuan kepada Iran susulan letupan di pelabuhan

ByBernama

MOSCOW, 27 April: Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk membantu Iran menangani kesan letupan maut di Pelabuhan Shahid Rajaee, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan Kremlin pada Sabtu.

Putin turut menyampaikan ucapan takziah kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei dan Presiden Masoud Pezeshkian atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat letupan itu.

“Saya amat dukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan besar yang berpunca daripada letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee.

“Sampaikan juga rasa simpati dan sokongan ikhlas saya kepada keluarga serta sahabat mangsa dan berharap agar semua yang cedera segera sembuh,” kata Putin dalam satu mesej Telegram yang disiarkan di laman sesawang rasmi Kremlin.

Letupan berlaku pada 26 April di Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas, yang terletak di Teluk Parsi.

Menurut laporan terkini, seramai 25 orang terkorban dan hampir 1,400 lagi cedera.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan