Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilayah Riau, Indonesia yang sering terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah dijangka dilanda musim kemarau antara Mei hingga Julai 2025, menurut pegawai agensi berkaitan. Foto fail BNPB

Riau dijangka alami musim kemarau dan risiko kebakaran pada pertengahan 2025

ByBernama

JAKARTA, 27 April: Wilayah Riau, Indonesia yang sering terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah dijangka dilanda musim kemarau antara Mei hingga Julai 2025, menurut pegawai agensi berkaitan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan musim kemarau yang kurang teruk berbanding fenomena El Niño pada 2015, 2019 dan 2023.

“Bagaimanapun, potensi berlakunya kebakaran hutan dan tanah tetap ada, mengambil kira pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya dengan keadaan musim kemarau yang serupa,” kata Timbalan Ketua Klimatologi BMKG, Ardhasena Sopaheluwakan.

Riau, yang mengalami dua musim kemarau dan dua musim hujan setiap tahun mendapat manfaat daripada sinaran matahari dan taburan hujan yang banyak, dan beliau menekankan perlunya mengoptimumkan keadaan itu untuk kesejahteraan masyarakat serta menyeru kepada peningkatan kesedaran dan kesiapsiagaan.

“Sinergi dan pengetahuan tentang iklim adalah penting supaya semua pihak, termasuk kerajaan tempatan, kekal berwaspada,” katanya dalam satu kenyataan.

BMKG turut memanfaatkan data iklim dalam sektor pertanian, termasuk padi, jagung dan kelapa sawit, serta membangunkan sistem amaran awal bagi wabak denggi dan menyokong projek penyelenggaraan infrastruktur.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edi Afrizal memaklumkan sebanyak 42 titik panas dikesan setakat tahun ini, melibatkan pembakaran seluas 78.56 hektar, dengan semua kebakaran berjaya dipadamkan.

Kerajaan Riau baru-baru ini menganjurkan Jambori Kebakaran Hutan dan Tanah pertama di Indonesia bagi meningkatkan koordinasi antara anggota bomba, agensi, polis, tentera, sukarelawan dan kumpulan komuniti.

“Usaha pencegahan ini diharapkan dapat mengelakkan kesan buruk kebakaran, seperti jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan aktiviti harian,” kata Edi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan