Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis menjual alat ganti kenderaan di Jalan Jee Foh 10 Krokop, Miri, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto JBPM

Premis jual alat ganti kenderaan di Miri musnah

MIRI, 27 April: Premis menjual alat ganti kenderaan di Jalan Jee Foh 10 Krokop di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Rahman Rosliee berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.10 pagi dengan menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan keseluruhan bangunan yang telah terbakar keseluruhan, pihak bomba menggunakan teknik ofensive dan defensive untuk mengawal serta memadam kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.56 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, tiga kenderaan pelbagai jenis berjaya diselamatkan daripada musnah dalam kebakaran.

“Kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api.  Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan