KUCHING, 27 Apr: Dua daripada enam suspek kes tembak mati seorang lelaki di Jalan Stephen Yong dibawa ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti dan mencari bahan bukti fizikal.
Dua suspek tersebut merupakan suspek utama dan seorang lagi pemandu kenderaan.
Kedua-dua suspek tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.20 tengah hari bersama pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Forensik.
Operasi mencari dan mengenal pasti bahan bukti fizikal mengambil masa kira-kira 25 minit dengan jarak sejauh 100 meter dari tempat kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Sabtu, seorang mangsa ditemukan maut akibat ditembak dalam sebuah kenderaan di Jalan Stephen Yong sebelum jasad mangsa kemudian dibawa dua rakan mangsa ke Balai Polis Batu Kawa.-TVS