KUCHING, 27 Apr: Penjawat awam merupakan salah seorang suspek utama kes tembak mati seorang lelaki di Jalan Stephen Yong awal pagi semalam.
Hasil daripada maklumat yang diperoleh, kesemua suspek adalah daripada dua kumpulan berasingan.
Perintah reman empat dan tujuh hari bermula 28 April hingga 4 Mei dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Heng Yi Min bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan awal mendapati tiga daripada enam suspek di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang.
Kesemua suspek diwakili peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Russell Lim dan Zoe Chan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS