Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan lanjut mengenai penemuan mayat wanita warga emas sedang giat dijalankan

Penemuan mayat wanita warga emas masih disiasat

KUCHING, 27 Apr: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan satu mayat wanita warga emas di dalam parit di Kampung Tunku Jalan Astana, Jumaat lalu.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mayat terbabit merupakan seorang wanita tempatan berusia 82 tahun.

“Mayat telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan siasatan lanjut.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Gita ASP Syed Zainal Abidin di talian 019-5131156,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai kes tersebut, Alexson mendedahkan pihaknya mendapat laporan penemuan mayat lebih kurang jam 5.41 petang.

Hasil pemeriksaan awal katanya, mayat merupakan seorang warga tempatan dan disahkan meninggal dunia di lokasi penemuan seperti laporan awal diterima pihak polis.

Sementara kes dalam siasatan, beliau menggesa orang ramai khususnya masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian.

Usaha itu katanya bagi memastikan proses siasatan lanjut berjalan lancar di samping menjaga sensitiviti keluarga mangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan