Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam dan yang lain merakam gambar kenangan bersama hasil tanaman peserta kursus. Foto: TVS.

Penduduk Debak digalak ceburi fertigasi

DEBAK, 27 Apr: Kursus pertanian moden melibatkan sistem fertigasi akan diperluas di kawasan Debak bagi menarik penglibatan lebih ramai masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pihaknya akan terus bekerjasama erat dengan agensi berkaitan sama ada di peringkat persekutuan dan negeri.

“Saya amat menggalakkan masyarakat terutama petani berskala kecil untuk melibatkan diri secara aktif dalam program seperti ini.

“Untuk itu, kita bersedia bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Pertanian sama ada di peringkat persekutuan atau negeri bagi tujuan ini,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Penutupan Kursus Pertanian Moden Sistem Fertigasi Cili dan Terung (APPGM-SDG) anjuran Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) di Kampung Seberang Jalan Suri di Debak pada Ahad.

Razi yang juga ADUN Saribas berkata, sebuah Pusat Struktur Pelindung Hujan (SPH) turut dibina di Debak untuk tujuan yang sama.

“Kita juga baru-baru ini membina Pusat Struktur Pelindung Hujan (SPH) di Debak yang mana ketika ini sedang dalam proses menilai permohonan daripada syarikat berminat untuk dijadikan syarikat utama bagi mmbangunkan fertigasi di Debak,” ujarnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan