Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Limbang Agrofest 2025. Foto TVS

Penanaman padi di Limbang bermula dalam RMK13

LIMBANG, 27 Apr: Projek penanaman padi di Bahagian Limbang yang melibatkan keluasan 1,500 hektar akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kementeriannya mengenal pasti lebih 3,000 hektar tanah untuk penanaman padi di Limbang setakat ini melibatkan tanah negeri dan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menurutnya, Kampung Pandam Limbang sudah dikenal pasti untuk dijadikan kawasan penanaman padi melibatkan dengan 1,000 hektar manakala Kampung Sinampuan Sundar Lawas dipilih membabitkan 500 hektar.

“Kita telahpun mengenal pasti lebih daripada 3,000 hektar setakat ini melibatkan tanah negeri dan NCR untuk penanaman padi. Proses pembangunan ini dilaksanakan secara berfasa bermula dengan pembangunan tanah milik kerajaan negeri dengan anggaran keluasan 1,500 hektar di Limbang dan Lawas.

“Kerja pembangunan tanah bermula pada RMK-13 tahun depan dan ada sebuah syarikat peneraju yang menunjukkan minat untuk meneraju kawasan tersebut di Limbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Limbang Agrofest 2025 di Limbang hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, pemilihan Kampung Pandam dan Sinampuan Laut Sundar adalah berdasarkan potensi, kesuburan tanah serta kawasannya yang strategik untuk tanaman itu.

Tambahnya, projek penanaman padi di Limbang selari dengan hasrat Sarawak untuk menjadikan wilayah ini sebagai kawasan jelapang padi.

“Projek Jelapang Padi ini juga amat penting dalam usaha Sarawak memastikan keterjaminan makanan,” ujarnya.

Selain penanaman padi menurutnya, Kerajaan Sarawak memberi fokus kepada pemasaran hasil tanaman petani dengan membina Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CCPC) di Sarawak termasuk di Limbang dan Lawas.

“Kita turut membina Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kubong dan kilang pemprosesan keju kerbau di Stesen Penternakan Kerbau Meragang, Lawas yang sudah siap dan bakal beroperasi hujung tahun ini untuk memproses keju bagi pasaran tempatan dan eksport,” jelasnya.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan