Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Affin Group 2025. Foto TVS

Pelaburan di Sarawak perlukan sokongan Affin Bank

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Apr: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis Affin Bank mampu menjadi rakan strategik dalam misi Sarawak muncul sebagai hab tenaga serantau Asia.

Beliau berkata, Sarawak kini giat memperluaskan infrastruktur tenaga seperti grid tenaga Asia, pembangunan gas asli dan industri hidrogen.

Sehubungan itu menurutnya, institusi kewangan seperti Affin Bank perlu bersedia menyokong keperluan pelaburan dan pembiayaan sektor tenaga baharu.

“Saya difahamkan (Affin Bank) kini ada Kad Kenyalang, yang ada gambaran burung kenyalang. Tahniahlah, anda mempunyai burung kenyalang yang boleh terbang. Ini bermakna Affin juga akan terbang. Mudah-mudahan ia akan terbang ke seluruh ASEAN.

“Seperti yang anda tahu, Sarawak kini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi sebahagian daripada grid tenaga ASEAN. Apabila kita mengembangkan grid tenaga ini, Affin juga akan berkembang bersama Sarawak dalam grid tenaga tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Affin Group 2025, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Agil Natt serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.

Pada masa sama, Abang Johari menjelaskan, Sarawak turut mempersiapkan pelaburan strategik bukan sahaja dalam tenaga malah pembangunan lapangan terbang antarabangsa baharu dan projek petrokimia.

“Memandangkan anda menghadapi masalah dengan kuasa-kuasa luar, adalah lebih baik anda memperkukuh dan menyokong kekuatan dalaman anda. Apabila ekonomi stabil, anda sudah bersedia untuk memasuki pasaran global,” ujarnya.

Beliau turut menempelak pihak yang meragui kemampuan Sarawak dalam merealisasikan visi pembangunan besarnya.

“Saya melihat ramai yang bersikap pesimis dan saya minta maaf terlebih dahulu, kebanyakan mereka ini bukanlah orang Sarawak tetapi mereka banyak bercakap. Saya bimbang rakyat Sarawak akan terpengaruh.

“Biar saya tegaskan di sini, kami tahu tugas kami dan kami tahu arah masa depan Sarawak. Apa yang kami lakukan adalah mengambil kira semua perkara ini. Sebab itulah kami mempunyai dana berdaulat. Saya minta maaf sekali lagi tetapi mana ada negeri lain yang mempunyai dana berdaulat.

“Kami telah memperuntukkan RM10 bilion dan kami tahu wang itu tidak boleh disentuh selama 20 tahun. Tiada seorang pun dalam Kerajaan Sarawak yang boleh menyentuh dana itu, berdasarkan statut, untuk tempoh 20 tahun akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, semua itu memerlukan sokongan sektor kewangan yang kukuh untuk merealisasikan rancangan ekonomi berimpak tinggi dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan