Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dangsanak Beraya 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Limbang hab ekonomi baharu utara Sarawak

KUCHING, 27 April: Limbang berpotensi besar menjadi hab ekonomi baharu yang akan menyumbang kepada pembangunan holistik wilayah ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, inisiatif pembangunan dirancang Kerajaan Sarawak dari segi infrastruktur dan logistik berpotensi menarik pelabur datang ke Limbang dan Lawas sekali gus meningkatkan sosioekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

“Dengan adanya potensi minyak dan gas di Limbang dan Lawas, ini akan memberi peluang kepada Limbang untuk mempelbagaikan segmen ekonomi kerana pada masa ini kita menumpukan kepada dua aktiviti utama iaitu pertanian dan juga pelancongan.

“Industri minyak dan gas ini turut berpotensi memperkasakan segmen perindustrian di Limbang dan Lawas dengan adanya jaringan jalan raya yang sudah siap serta bakal siap, ini sekali gus dapat menarik pemain besar untuk mewujudkan industri di Limbang dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dangsanak Beraya 2025 di Kuching pada Ahad.

Menurutnya, antara projek infrastruktur dan logistik yang akan menjadi pengubah keadaan termasuk tiga projek mega merangkumi Rangkaian Jalan Raya Sabah Sarawak (SSLR), Lebuh Raya Kawasan Utara Sarawak dan Lebuh Raya Trans Borneo yang bernilai antara RM3 hingga RM6 bilion yang akan menghubungkan Limbang, Lawas, Miri serta negara Brunei Darussalam.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman menyantuni lebih 550 ahli Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Kuching pada majlis ramah tamah Aidilfitri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan