Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan polis mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan kereta di Tawau. Foto JBPM

Lelaki maut kereta langgar tiang elektrik di Tawau

TAWAU, 27 Apr: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan terbalik dalam kejadian di Kampung Jawa, Jalan Dr Yamamoto, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi sebelum sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa yang berusia 32 tahun ditemui tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Satria dan berjaya dikeluarkan melalui cermin belakang yang pecah.

“Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut melibatkan kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM itu ditamatkan selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan selamat daripada sebarang bahaya lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan