Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis hari ini. Foto Bernama

Kerajaan akan terangkan langkah diambil dalam sidang khas Parlimen – PM

ByBernama

KANGAR, 27 April: Sidang khas Parlimen pada 5 Mei ini akan menerangkan langkah-langkah yang diambil kerajaan berhubung isu kenaikan tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.

“Inilah masa untuk semua parti dan semua rakyat fokus ke arah pertumbuhan negara. Angkat martabat negara ini.

“Malaysia ini negara hebat, mampu jadi negara contoh di antara negara terbaik di Asia dengan syarat kita bersatu dan bekerja kuat dengan mengangkat martabat ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis dekat sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga tidak bersetuju dengan kenaikan tarif itu.

“Sebagai negara dagang, tidak ada negara waima Amerika Syarikat yang harus menetapkan kadar (tarif) sewenang-wenangnya mengikut penilaian unilateral mereka. Kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ini yang disebut multilateral.

“Kita gabung dengan banyak negara tetapi kita terpaksa terima kenyataan dan tangani dengan bijaksana,” kata beliau.

Pada 2 April lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan negara itu akan mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti import lebih tinggi membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Bagaimanapun, AS memberi penangguhan selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan