Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memukau apabila menamatkan perlumbaan satu Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup di kedudukan podium semalam. Foto Hakim Danish (FB)

Hakim Danish raih podium di GP Sepanyol

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 April: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memukau apabila menamatkan perlumbaan satu Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup di kedudukan podium semalam.

Pada perlumbaan berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itu menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.037 saat (s) selepas dipintas pelumba tuan rumah, Brian Uriarte di selekoh terakhir yang mencatat masa 25 minit 37.402s untuk meraih tempat pertama.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama dengan catatan 25:40.629s.

“Saya tidak terlalu gembira dengan keputusan ini (P2) kerana kehilangan satu kedudukan.

“Bagaimanapun, ia perlumbaan yang sangat bagus sebagai permulaan untuk musim ini. Saya melakukan kesilapan yang sangat kecil pada pusingan terakhir dan ini memberi peluang kepada Uriarte,” katanya menerusi kenyataan di laman sesawang rasmi perlumbaan.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Terengganu itu pernah meraih kedudukan podium sama pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan.

Kejayaan podium tersebut menyaksikan Hakim Danish mengutip 20 mata di belakang Uriarte yang mengungguli carta kedudukan dengan 25 mata.

Perlumbaan kedua saingan itu akan berlangsung 2.45 petang ini waktu Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan