Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Galeri Memorial Interaktif ANZAC di Taman Peringatan Sandakan. Foto TVS

Galeri memperingati kisah pengorbanan tawanan perang di Sandakan

SANDAKAN, 27 Apr: Sambutan Hari ANZAC di Sandakan tahun ini membawa kelainan dengan pelancaran sebuah galeri memorial interaktif bagi memperingati kisah pengorbanan lebih 2,400 tawanan perang semasa Perang Dunia Kedua.

Galeri yang dibuka di Taman Peringatan Sandakan itu menjadi tarikan pelawat antarabangsa termasuk waris keluarga, pelajar serta pelancong dari Australia dan New Zealand.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee berkata, Hari ANZAC bukan sekadar memperingati tentera terkorban tetapi menghargai keberanian penduduk tempatan yang mempertaruhkan nyawa demi membantu tentera bersekutu.

“Hari ANZAC merupakan hari yang sangat istimewa di Australia dan New Zealand serta di tempat-tempat seperti Sandakan, Gallipoli di Turki dan Papua New Guinea — lokasi di mana tentera Australia berjuang dan terkorban. Ia adalah cuti umum di Australia yang mana kita berhenti seketika untuk mengenang jasa mereka yang berkorban demi kebebasan kita. Kami juga menghargai pengorbanan penduduk tempatan yang membantu tentera yang melarikan diri dari kem tahanan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Vivian, Kerajaan Negeri Sabah berterima kasih kepada Kerajaan Australia kerana membina sebuah muzium sangat cantik di Sandakan.

“Ini adalah usaha yang sangat baik untuk mengeratkan hubungan antara negara kita,” ujarnya.

Taman Peringatan Sandakan dibina di tapak asal kem tahanan perang Jepun yang menyaksikan ribuan nyawa terkorban pada zaman pendudukan Jepun di Borneo.

Sambutan Hari ANZAC di Sandakan mula diperkenalkan pada awal 1980-an bagi memperingati mangsa Perarakan Maut Sandakan–Ranau dan terus menjadi platform untuk mengenang keberanian penduduk tempatan yang membantu tentera bersekutu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan