SARATOK, 27 April: Dua kuarters guru Sekolah Kebangsaan(SK) Perpat, Kabong terbakar hari ini.
Komander Operasi, Abdul Rahman Sabi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.50 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
“Dua blok kuarters guru musnah sepenuhnya sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
“Setiap blok mempunyai dua pintu menjadikan keseluruhan empat pintu terjejas dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati satu blok kosong dan tidak didiami manakala satu blok berpenghuni.
“Bagaimanapun tiada sesiapa berada di rumah ketika kejadian berlaku,” ujarnya.
Katanya, pihak bomba membentangkan satu 200 kaki satu nozel, sumber air tebuka (air parit) bagi melakukan pemadaman.-TVS