Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak mematahkan cubaan penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sindiket ejen haram di sekitar Kampung Biawak, Lundu, semalam. Foto Imigresen Sarawak

Cubaan seludup PATI di Lundu tumpas

KUCHING, 27 Apr: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak mematahkan cubaan penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sindiket ejen haram di sekitar Kampung Biawak, semalam.

JIM Sarawak dalam kenyataan menyatakan, tangkapan dilakukan Pasukan Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) yang bertindak pantas seawal jam 6 pagi.

“Hasil maklumat risikan, tiga lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia berjaya diberkas.

“Turut diberkas ialah seorang lelaki warganegara Malaysia yang bertindak sebagai pemandu,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM250 seorang.

JIM Sarawak akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar undang-undang Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipenyeludupan Orang dan Antipemerdagangan Migran 2007 (ATIPSOM).

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mereka yang menggaji atau melindungi PATI.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan