Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan cawangan baharu Affin Bank di Icom Square. Foto Willy Jali (TVS)

AFFIN Bank perkasa PKS

ByWilly Jali

KUCHING, 27 Apr: AFFIN Bank Berhad memainkan peranan signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan inklusif dan pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PKS bukan sekadar penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) malah merupakan tunjang kepada ekonomi Sarawak melalui penciptaan peluang pekerjaan dan pemerkasaan inovasi tempatan.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bukan sekadar penyumbang kepada KDNK. Mereka juga adalah nadi kepada ekonomi Sarawak. Mereka mencipta pekerjaan, memacu inovasi tempatan dan menjadi enjin utama pertumbuhan inklusif.

“Kita mesti membina persekitaran yang mana perniagaan tempatan boleh berkembang melalui akses lebih baik terhadap pembiayaan, perkhidmatan sokongan perniagaan dan keupayaan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baharu AFFIN Bank di Icom Square di sini, hari ini.

Abang Johari turut menyeru institusi kewangan memperluaskan perkhidmatan ke kawasan luar bandar bagi memastikan setiap komuniti mendapat manfaat dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Sistem perbankan perlu responsif, memahami konteks tempatan dan berteraskan teknologi digital.

“Ia bukan sahaja menyediakan akses lebih luas kepada modal dan perkhidmatan malah mengamalkan pendekatan berwawasan untuk mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi jangka panjang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan