Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Affin Group 2025. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Affin Bank kukuhkan komitmen di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Apr: Affin Bank terus memperkukuh komitmen di Sarawak dengan pembukaan cawangan baharu di ICOM Square dan rancangan menambah enam lagi cawangan di seluruh wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan tersebut sejajar dengan perkembangan ekonomi wilayah ini yang pesat sekali gus meningkatkan keterangkuman perkhidmatan kewangan kepada rakyat.

Menurutnya, pembukaan lebih banyak cawangan Affin Bank di Sarawak akan memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan akses perbankan terutama di kawasan yang sebelum ini sukar untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan.

“Saya pasti akan ada akses kepada perkhidmatan perbankan yang ditawarkan kepada pelanggan di Sarawak. Saya juga difahamkan bahawa mereka akan mempunyai pejabat serantau di Kuching.

“Saya berharap anda juga memberikan sedikit kuasa kepada pihak pengurusan kanan anda di Sarawak supaya anda dapat mempercepatkan urusan pinjaman terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Affin Group 2025, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Agil Natt serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.

Menurut Abang Johari, kewujudan pejabat wilayah Affin Bank di Kuching bakal mempercepatkan proses membuat keputusan seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi domestik yang semakin rancak.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pembangunan ekonomi memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan institusi kewangan.

“Saya rasa Kerajaan Sarawak tahu apa yang mereka lakukan. Sebelum kami melancarkan sebarang projek, kami telah membuat pengiraan.

“Lima tahun pertama, kami memberi tumpuan kepada pembinaan infrastruktur asas iaitu jalan raya dan jambatan. Sudah tentu, ia dibiayai menggunakan dana Sarawak sendiri.

“Pada masa sama, kami turut menambah baik bekalan air dan tenaga sehingga ke kawasan pedalaman. Jumlah keseluruhan yang telah kami belanjakan setakat ini adalah sebanyak RM36 bilion,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan