Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada perasmian cawangan Affin Bank di Icom Square, Kuching hari ini. Foto Willy (TVS)

AFFIN Bank buka cawangan baharu di Icom Square

KUCHING, 27 Apr: AFFIN Bank Berhad terus memperkukuhkan komitmennya untuk memperluas akses kewangan di Sarawak dengan pembukaan cawangan baharu di Icom Square.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha tersebut penting dalam menyokong aspirasi Sarawak untuk mencapai pertumbuhan ekonomi inklusif dan berdaya tahan.

“Lebih daripada sekadar satu usaha baharu, pencapaian ini menandakan kesinambungan penjajaran antara aspirasi ekonomi Sarawak dan AFFIN, rakan strategik kewangan yang berkongsi visi kami untuk pertumbuhan inklusif, berdaya tahan dan bersedia untuk masa hadapan.

“Kami percaya setiap rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang atau lokasi harus diberikan kuasa dengan alat kewangan dan sokongan untuk berkembang, menyimpan, membina serta menyumbang kepada ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baharu AFFIN Bank di Icom Square di sini, hari ini.

Menurutnya, AFFIN bukan sahaja memperkenalkan produk kewangan tetapi menunjukkan komitmen mendalam untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan membolehkan mereka bersaing serta berkembang maju dalam pasaran terbuka.

“Usaha ini bukan sekadar memperkenalkan produk. Ia mencerminkan komitmen AFFIN untuk membina nilai sebenar dengan memberdayakan perniagaan tempatan untuk bersaing, berkembang dan menjadi peneraju.

“Nilai sebenar bukan pada pelaburan semata-mata tetapi bagaimana kita menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan agar mereka dapat menjadi peneraju dalam ekonomi negeri,” ujarnya.

Tambahnya, usaha tersebut dilihat menyokong matlamat jangka panjang Sarawak dalam membina masyarakat lebih inklusif dari segi kewangan, memperkukuh keusahawanan dan mempertingkatkan mobiliti sosial.

Cawangan AFFIN Bank di Icom Square adalah sebahagian daripada rancangan untuk memperluaskan kehadiran di Sarawak dengan sasaran membuka sehingga 14 cawangan menjelang akhir tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan