Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali merasmikan Pejabat SSM Cawangan Miri di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

89,290 syarikat diperbadankan, 2,052 PLT di Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 27 Apr: Sebanyak 89,290 syarikat diperbadankan dan 2,052 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) di seluruh Sarawak setakat 31 Mac lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 45,249 syarikat dan 1,873 PLT adalah aktif.

“Itu bagi seluruh Sarawak dan bagi di Miri pula apabila kita gabung jumlahnya di Miri, Bintulu, Lawas dan jLimbang, jumlah syarikat yang diperbadankan adalah 24,009 dan yang aktif adalah sebanyak 12,088. Bagi PLT pula yang didaftarkan di Miri, Bintulu, Lawas dan Limbang adalah sebanyak 397 dan yang aktif adalah sebanyak 372.

“Jadi jumlah ini menunjukkan bahawa di Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Miri di Miri Times Square hari ini.

Menurutnya, jumlah tersebut belum termasuk dengan entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Ordinan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana Sabah dan Sarawak, syarikat-perusahaan dan sebagainya didaftarkan di bawah Ordinan Negeri masing-masing.

Tambahnya, Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Miri akan berfungsi sebagai pusat utama kepada komuniti sektor korporat di utara Sarawak.

Ia menzahirkan komitmen SSM untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia pendaftaran syarikat dan entiti perniagaan di Malaysia.

“Berfungsi untuk menjadi pusat utama kepada komuniti sektor korporat bukan hanya di Daerah Miri tetapi tiga kawasan lain iaitu Bintulu, Limbang dan Lawas.

“Sebagaimana yang kita tahu bahawa pejabat baharu SSM Cawangan Miri ini diletakkan di sebuah lokasi yang strategik iitu Miri Times Square di Marina Park City,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan